Pages

iklan untuk dikongsi bersama..klik-klik

ads

Thursday 15 December 2011

Kisah Dua Orang Juruterbang Buta

Ada dua orang juruterbang buta. Kedua-duanya memakai cermin mata hitam. Seorang berjalan menggunakan anjing pemandu manakala seorang lagi menggunakan tongkat mengikut tanda khas dilantai.

Apabila mereka masuk ke dalam kabin, semua penumpang terpaku melihat mereka. Juruterbang tersebut terus masuk ke dalam kokpit. Pintu ditutup dan enjin dihidupkan. Semua penumpang memandang-mandang sesama sendiri dengan cemas dan mencari sebarang tanda yang menyatakan semua ini hanya gurauan semata-mata. Tiada sesiapapun yang berani kehadapan.

Kapal terbang tersebut meluncur di landasan dan semakin laju kehadapan. Penumpang yang duduk di tepi tingkap menyedari bahawa kapal tersebut menuju terus ke kawasan air di penghujung landasan.Apabila kapal semakin hampir ke penghujung landasan tersebut, semua penumpang panik dan menjerit ketakutan. Tiba-tiba kapal terangkat dan terbang dengan lancar di udara. Penumpang kembali tenang lalu tergelak segan kerana telah salah sangka. Setelah itu, semua kembali normal. Mereka semua melakukan aktiviti masing-masing dan beranggapan kapal tersebut selamat.

Sementara itu, di dalam kokpit, seorang juruterbang menoleh dan berkata kepada rakannya, "Bob, kalau diorang semua lambat menjerit, tentu kita semua mati hari ini."



Bak kate Aku : hahaha...agak-agak ape la nasib penumpang tu masa nk mendarat nanti...

1 comment:

  1. bahaya sgt tu sih......
    dah view guna desktop.. selesai tanggungjawab aku.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

info menarik di bawah