Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bumi. Graviti bulan adalah 1/6 daripada graviti bumi.( bak kate cikgu sains aku dlu) Jarak antara bumi dan bulan secara puratanya ialah 384,400 km. Jauhnye, tetapi cahaya hanya memerlukan 1.26 saat untuk sampai ke permukaan bulan.
Mungkin kita tidak sedar bahawa bulan sebenarnya semakin jauh daripada bumi. Setiap tahun, jarak bumi dan bulan bertambah sebanyak 3.8cm. Jadi berjuta-juta tahun dahulu mesti bulan nampak besar kan. sebab dekat dengan bumi. Hal ini terjadi kerana ketika bumi dan bulan berputar sambil beredar pada paksi masing-masing, momentum sudut bertambah pada orbit bulan, bulan memecut lebih laju dan menyebabkan orbit bulan lebih besar. Dengan kata lain menjauhi bumi.
owhhhh....mcm tu..bru ku tau.....
ReplyDeleteoit... dah klik iklan...
ReplyDelete