Pages

iklan untuk dikongsi bersama..klik-klik

ads

Tuesday 24 January 2012

Kebangkitan tradisi yang hilang : Sutera Sejuta Labah-labah

Proses ini memakan masa hampir 4 tahun dan melibatkan kira-kira 80 orang. Sutera tersebut dikumpul dari lebih daripada sejuta labah-labah. Labah-labah yang dimaksudkan ialah labah-labah Golden Orb betina.

Kira-kira23000 labah-labah diperlukan untuk menghasilkan 1 auns sutera iaitu kira-kira 28.3495 gram. Warna sutera ini adalah semula jadi keemasan menjadikan ia tarikan istimewa untuk dijadikan kain.

Hasil tenunan daripada sutera labah-labah Golden Orb


Female golden Orb spider

Bak kAte aKu: huihhh nk 4meter!! buat bju rye..hehe

Sunday 22 January 2012

3 baby Kura2

mcm syok j bela kura-kura nie..
kiut tuh...



landing belakang ibu kura-kura
baby kura-kura

saiz mereka


Bak Kate Aku: picit2 pon best nie...hahaha

Wednesday 18 January 2012

Dialog Jawi

Cintai jawi.. cewah...hahha..
salah satu kegemaran yang best dituturkan adalah jawi.
andai kata ingin mara, mencaci, atau apa sahaja men-,
kan syok kalo guna jawi...(mak aku yang ajor) hehe..
lihat situasi berikut..

SITUASI 1



SITUASI 2


 

kan nampak lain tuh..
kalo ngutuk empunye badan depan2 pon lom tentu dia tahu..hoho.

Jawi converter online (rumi ke jawi)
klik link ini: ejawi.net/converterV2



Bak kate Aku : ساي سوك جاوي!!

Tuesday 17 January 2012

Kereta Auto Pilot system Volkswagen

Volkswagen sedang membangunkan teknologi yang mampu menjadikan kereta 'auto pilot'. Dikenali sebagai Temporary Auto Pilot (TAP). Sistem automatik ini berfungsi sehingga kelajuan mencecah 80mph.

Laser digunakan untuk mengesan garisan putih yang berada ditengah jalan untuk memastikan kereta berada di tempat yang betul. Selain itu, pengimbas tersebut juga mengesan kenderaan lain di hadapan sama ada untuk perlahan atau menghentikan kereta.

Auto pilot Car



Bak kate Aku: kalo masuk kg xde line? ke laut la jawapnye...hoho

Thursday 12 January 2012

Ular Muka Brutal hati ada Taman

Mukanya ganas, bersisik hitam kuning, bermata hijau tua, serta mempunyai tanduk. Ini adalah ular spesis baru yang ditemui di Barat daya Tanzania. Nama ular ini adalah Matilda sempena nama seorang anak saintis berusia yang menemui ular ini 2 tahun lalu. Namun hanya disahkan sebagai spesis baru pada bulan lepas.

Namun ular ini adalah ular bermuka brutal tetapi hati ada taman. Ular ini spesis yang sangat tenang dan tidak semua agresif. Walaupun nampak berbisa, tetapi bisanya tidak membawa maut.

Rupa luar yang nampak menakutkan. Matilda.
Matilda mempunyai tanduk berbeza dengan ular lain.


Bak Kate Aku: hensem tuh muke ular nie ade tanduk..

Tuesday 10 January 2012

IPAD Jatuh Dari Langit! Masih berfungsi sepenuhnya.

Satu ujian telah dijalankan dimana iPad yang diterbangkan ke udara menggunakan belon kaji cuaca. Setelah mencapai ketinggian tertentu iaitu 100 000 kaki, belon tersebut pecah dan membuatkan iPad tersebut jatuh ke tanah. Hasilnya amat menakjubkan. Ipad tersebut Masih dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya.

G-Form telah berjaya membuktikan kehebatan pelindung iPad ciptaan mereka. Ia mampu menyerap sebarang hentakan yang kuat.
 G-Form ipad cases



 Gambar Ujian tersebut:

Ipad diterbangkan menggunakan belon kaji cuaca
Gambar ketika di udara
Ipad jatuh ke tanah

Ipad masih dalam keadaan yang elok.


Bak Kate aKu: Bagi anak sedara aku main..bleh thn x? kui3!!

Saturday 7 January 2012

Skill fly asrama....

Sape yang penah duduk asrama angkat tangan! kui3
Rindu zaman sekolah menengah..hoho


Budak2 asrama mesti pernah FLY asrama (xsemua)..
bukan terbang yer.. menyelinap keluar...
Ala bukan g mane pon...saje amik angin...xpon beli ABC kat kedai hutan bandar...ngeh3!!

Antara Skill Fly asrama:

1. Ikut lubang kat pagar.
Da suro budak junior buat..
OK! line clear!!




















2. Pagar zink: tanggalkan kasi terbukak.
Yela...pagar lame kn...kitorang tolong tengok2 kn jer..















3. Panjat pagar
Mangga la plak...terpakse panjat...















4. Ikut pondok guard
Berani mati punyer...tapi selamat..hehe














Bak Kate Aku: Dont try this at Hostel..heeee

Friday 6 January 2012

Sudahkah anda Senyum hari ini?

Senyumlah kerana senyum itu penawar duka. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.


Mereka turut sennyum!








Saya menang duri emas!
terima kasih mak, abah, atok, nenek.....





     Saya menang lalat fresh! heeeeee

















Anak: mak, ade orang amik gambar!
Mak: cepat2! senyum!





humphhhh!!! senyum!!(tahan nafas! tahan nafas!)






Wiwit! Ade awek cun!!




Badak air: Saya dapat bini lagi satu!


yang nie? Bahagia bebenor nampak...













Bak Kate Aku: senyumlah...senyumlah...ahai cik mek molek!!

Tuesday 3 January 2012

Saksikan kemuncak Hujan Meteor Quadrantids 4 Januari ini.

INGIN MELIHAT HUJAN METEOR?
Pada awal tahun 2012 ini, kita dapat melihat hujan meteor yang pertama iaitu Hujan Meteor Quadrantids. Hujan meteor quadrantids mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia mempunyai waktu puncak yang singkat (beberapa jam sahaja) untuk melihat kejadian ini. Tidak seperti hujan meteor yang lain. Ketika waktu puncak, kadar kemunculan yang tinggi dalam satu jam adalah kira-kira 40-70 hujan meteor per jam dan tidak mustahil beratus per jam (dalam keadaan mencerap yang terbaik).

Anda boleh melihat hujan meteor ini hanya menggunakan mata kasar sahaja.  Penglihatan mungkin sukar bagi sesiapa yang berada di kawasan bandar. Cuba dapatkan kawasan yang gelap. Tambahan lagi, cahaya bulan yang sedang mengalami fasa gibbous (72%penuh) mungkin akan merendahkan lagi kuantiti hujan meteor yang dapat kita lihat. 

Waktu yang sesuai untuk mencerap.

Hujan meteor ini paling mudah dicerap setelah bulan tenggelam sepenuhnya sekitar 3 setengah pagi. Maka jam 3 pagi sehingga subuh adalah waktu yang paling sesuai untuk mencerap kerana langit sudah gelap sepenuhnya.

Arah kemunculan hujan meteor quadrantids adalah pada buruj bootes atau pada arah timur.(lihat gambar dibawah). Juga berada di bawah buruj biduk (big dapper).Dengan kata lebih mudah. berdiri menghadap arah matahari terbit pastu lihat area kaki langit. bukan langit tegak atas kepala kita. salah arah tu...kui3.

Hujan Meteor Quadrantids muncul dari arah timur (matahari terbit)


Bak KatE AkU: mesti tgk nie...kalo dapat...nie kali kedua..hohoh.

Motosikal Berkuasa Jet

Apakah hasil yang terjadi apabila mesin dibawah dipasang pada motosikal?

Inilah hasilnya.



Seorang warga British, Richard Brown's telah mencipta sebuah motosikal berkuasa jet bertujuan untuk memecahkan rekod terpantas motosikal. Rekod terpantas sekarang ialah 605.697km/h yang direkod pada tahun 2010 menggunakan dua buah enjin motosikal suzuki.

Motosikal berkuasa jet ini menggunakan enjin helikopter (930 kilowatt) yang telah diubah suai menjadi enjin jet. Kelajuan motosikal berkuasa jet ini dijangka mencapai lebih daripada 640km/h.

Rekaan ini masih lagi dalam ujian yang akan diuji bermula pada bulan mac dan percubaan mencipta rekod sebenar akan dijalankan pada tahun 2013.


baK kaTe Aku: panjang bebenor la motor nie...susah nk parking...haha.

Sunday 1 January 2012

Waktu Bumi Paling Hampir dengan Matahari

Tahukah anda bahawa jarak bumi paling hampir dengan matahari adalah pada awal tahun iaitu awal bulan januari. Manakala pada awal bulan julai pula ialah jarak yang paling jauh antara bumi dan matahari.

ORBIT BUMI


Jarak antara bumi dan matahari adalah kira-kira 5 juta kilometer. Walaupun berlaku perbezaan jarak antara awal tahun dengan pertengahan tahun, tetapi perubahan tersebut tidaklah begitu besar sehingga boleh menyebabkan perubahan musim.(macam sekarang. Malaysia xde musim kan...hehe).Perbezaan jarak ini hanya memberi kesan kepada panjang waktu sesuatu musim sahaja.

Apabila bumi dekat dengan matahari, kelajuannya beredar dalam orbit bertambah kira-kira 1km per saat lebih laju berbanding kelajuan ketika paling jauh dari bumi iaitu 30.3km per saat. (laju tuhh..tapi kita xrase pon kn..)



Bak Kate aKu: patutla panas sgt...huuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

info menarik di bawah