Pages

iklan untuk dikongsi bersama..klik-klik

ads

Thursday 29 December 2011

Lukisan 160juta Leonardo da Vinci rosak

The Virgin and Child with Saint Anne
Gambar kiri adalah gambar sebelum dan kanan adalah selepas.
Dua orang pakar Perancis berhenti jawatan mereka di Muzium Louvre di Paris selepas  
lukisan tersebut rosak dan menjadi lebih terang daripada yang asal.
Punca kejadian tersebut disebabkan cecair pembersihan yang digunakan.


Bak Kate AkU: Mahalnye..ish3!!

Ribut Solar Menghentam Bumi 28 & 29 disember

Pada isnin yang lalu (26 disember), matahari telah melepaskan letusan plasma gergasi yang dikenali sebagai coronal mass ejection (CME). Partikel CME bergerak pantas dan menghala tepat ke arah medan magnet bumi. Dijangka menghentam bumi pada 28 dan 29 disember. 

Ribut magnetik akan melanda di kawasan yang mempunyai latitud yang tinggi. Jika ribut ini cukup kuat, ia mampu mengganggu signal GPS, komunikasi radio, dan grid kuasa. Seperti yang berlaku pada 1989, CME telah menyebabkan 6 juta penduduk Quebec,Kanada, kehilangan sumber kuasa.

Letusan Solar yang mampu mencapai kelajuan 5juta mph dan
kepanasan mencecah 100,000,000C.


petikan sumber:

"Category G1 (Minor) geomagnetic storms are expected 28 and 29 December due to multiple coronal mass ejection arrivals," the National Oceanic and Atmospheric Administration's Space Weather Prediction Center wrote in an update Tuesday (Dec. 27). "R1 (Minor) radio blackouts are expected until 31 December."

Ribut magnetik ini juga akan mengakibatkan cahaya aurora (northern and southern lights) di kawasan latitud tinggi.

Aurora / northern and southern lights

Maklumat terkini Ribut Solar : http://spaceweather.com/


Bak Kate Aku: kejadian alam...nasib bek efek banyak kat area latitud tinggi.

Tuesday 27 December 2011

Teknik Samurai Sebenar Membelah Peluru (300 kmh, 350 kmh, 500kmh)

Isao Machii
Isao Machii ialah samurai jepun sebenar di zaman moden ini. Kemahiran pedangnya mula diasah sejak umur 5 tahun.

Kemahirannya munggunakan pedang sangat hebat sehinnga mampu membelah pellet yang sangat kecil yang ditembak dari "BB gun". Dengan kelajuan yang luar biasa, amat mustahil bagi mata manusia biasa untuk melihat pergerakan pellet tersebut. Tetapi Isao Machii mampu membelah pellet tersebut...(wooowww!!)

view video:


Antara rekod yang pernah dilakukan oleh beliau ialah:
  • 350 kmh BB pellet.
  • 300 kmh Baseball.
  • 500 kmh Baseball.

link video rekod tersebut: cutting 300kmh BB pellet, 350kmh & 500kmh baseball


Bak Kate Aku: fuiyooo..kalo samurai dlu..ntah hebat macam mane agaknye..

Sunday 25 December 2011

IDM 6.07 bulid 9 + patch Download

IDM merupakan salah satu aplikasi yang harus ada 
dalam laptop/desktop anda.
Aplikasi ini akan meningkatkan kelajuan muat turun
 seperti video, lagu,  dll, dengan maksimum.



Internet Download Manager 6.07 build 9 + patch
5MB


IDM 6.07

 1. Download disini: IDM 6.07 build 9 + patch

2. Extract dan Install.

3. Setelah install copy file SnDk&p tersebut ke dalam IDM directory.

4. Pastikan aplikasi Idm tidak ada yang beroperasi / run.

5. Buka file SnDk&p dan klik Patch Server Check. Kemudian klik Clear previous registration data



6. Pastikan Succes. Jika tidak, anda harus uninstall Idm yang lama.

7. Buka Internet Download Manager. Pergi ke Registration.


8. Paste serial code dan isikan maklumat yang lain.

9. Selesai.


baK kaTe Aku: Update software anda..yeah.

Saturday 24 December 2011

Bunga Ros Angkasa

Dua buah galaksi yang bertembung kira-kira 300 juta tahun cahaya dari bumi. Gambar tersebut telah diambil oleh kamera Hubble WFC3. Ia menunjukkan sepasang galaksi yang terletak di buruj Andromeda.




Galaksi pilin yang besar dikenali sebagai UGC 1810 kelihatan seperti bunga ros. Galaksi yang lebih kecil dibawahnya pula dikenali sebagai UGC 1813. Corak lingkaran galaksi pilin yang besar terjadi disebabkan interaksi antara galaksi yang lain apabila mereka melintasi antara satu sama lain.



Bak kate Aku: nak teleskop sebijik! 

Friday 23 December 2011

Barang Terbaik Angry Birds

Jika anda pernah main game angry birds ( download disini - download angry birds ) mesti anda adalah peminat angry birds dan minat benda nie. SPEAKER ANGRY BIRDS (yg warne merah woo..KUI3).

ANGRY BIRDS SPEAKER

Beratnya 1.4kg. dilengkapi dengan dua speaker dan satu woofer. Tapak boleh laras dan kawalan kekuatan bunyi di belakang unit memudahkan untuk mendapatkan bunyi yang terbaik untuk genre muzik yang terbaik.


Bak kAte aKu: waaaaaaa...nak sebijik! 

Sains menemui kebenaran "Tidur Mengikut Sunnah"



Sunnah Tidur Tengahari 

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.




Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? 

Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas."(Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk."(Bukhari-Muslim)
Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
"Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi)


"Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) 
Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda."(Bukhari-Muslim)
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)


Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.

Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakan
2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') 

Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) 

Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.


Bak Kate akU: tidurlah dgn cara yang betul..(",)

Thursday 22 December 2011

Bulan semakin Jauh Dari Bumi

Melepak diluar rumah dan melihat ke langit pada waktu malam merupakan salah satu perkara yang menarik untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi jika cuaca cerah. Ada pelbagai misteri yang masih menjadi tanda tanya di atas sana. Salah satu keindahan yang dapat kita lihat ialah BULAN


Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bumi. Graviti bulan adalah 1/6 daripada graviti bumi.( bak kate cikgu sains aku dlu) Jarak antara bumi dan bulan secara puratanya ialah 384,400 km. Jauhnye, tetapi cahaya hanya memerlukan 1.26 saat untuk sampai ke permukaan bulan.

Mungkin kita tidak sedar bahawa bulan sebenarnya semakin jauh daripada bumi. Setiap tahun, jarak bumi dan bulan bertambah sebanyak 3.8cm. Jadi berjuta-juta tahun dahulu mesti bulan nampak besar kan. sebab dekat dengan bumi. Hal ini terjadi kerana ketika bumi dan bulan berputar sambil beredar pada paksi masing-masing, momentum sudut bertambah pada orbit bulan, bulan memecut lebih laju dan menyebabkan orbit bulan lebih besar. Dengan kata lain menjauhi bumi.



Bak kAte Aku: Bulan oh bulan..

Wednesday 21 December 2011

Ferrari Hasilkan Limusin Terpantas

Ferrari limusin terpantas di dunia, mampu mencapai kelajuan sehingga 166mph. 

Ia dicipta berasakan model Ferrari 360 Modena.

Kereta kini dianggarkan bernilai suku juta pound.

Walaupun Ferrari terpanjang di dunia, kereta itu hanya 150kg  lebih berat daripada yang biasa - bersamaan dengan dua penumpang tambahan

Dengan panjang 6 meter atau 20 kaki,menjadikan ia Ferrari terpanjang di dunia dengan lapan tempat duduk penumpang.



Bak kaTe Aku: wow..tp xsusah ker nak drive panjang2 nie..

Tuesday 20 December 2011

Kucing Tidurkan bayi yang menangis

Ketika on9 tadi terjumpalah satu video nie. Lihat sampai habis sebab tajuknya macam menarik.  Dalam video tersebut didapati bayi tersebut menangis.kucing yang berada disebelah bayi tersebut menyentuh kepala bayi tersebut dan seperti mengusap-gusap sehingga bayi tersebut diam dan tidur kembali. wow baiknye kucing tuhh.. saksikan video dibawah.




Bak Kate Aku: Hurmm..hurm betul ker kucing nie nak usap? kucing umah aku buat macam nie sebab nak gigit j...musykil!musykil!

Monday 19 December 2011

Kewujudan Sifar Mutlak

Pernahkah anda mendengar ayat sifar mutlak? Sifar mutlak ialah suhu 273 darjah Celsius (459 darjah Fahrenheit) di bawah takat beku. Tiada apa-apa jua yang lebih sejuk daripada sifar mutlak, hanya kerana ia adalah mustahil untuk lebih sejuk daripada tersejuk. Ini adalah bahagian paling bawah skala suhu saintifik, atau sifar darjah Kelvin. Cara untuk mengukur suhu ini dinamakan selepas Lord WilliamKelvin telah mencipta teori di belakang unit dalam pertengahan abad ke-19. Lihat gambar dibawah.
SIFAR MUTLAK / ABSOLUTE ZERO


baK Kate Aku: Owhhh...baru ku tau...

Video kamera terkecil didunia

 
Lebarnya hanya 0.99mm. Ia juga mempunyai 0.66mm x 0.66mm CMOS sensor untuk menangkap video berkualiti tingggi pada resolusi 45000 pixels. Kamera ini digunakan dalam bidang perubatan seperti kardiologi, ortopedik, gastroenterologi, ginekologi, Otolaryngology, bronkoskopi dan pembedahan robotik.





Bak kAte aKu: brape la kos buat bende nie...kompem mahal..

Mimpi Ngeri? Tak suke..tak Suke..

Pernah tak mimpi ngeri? rasenye semua org penah mengalaminya. kadang kala mimpi yang menakutkan..  Dikejar hantu? huuu kompem bangun badan berpeluh-peluh. Terbangun mengejut sebab mimpi nak terjatuh? tak suke! tak suke! Tapi jika difikirkan semula, mungkin semua itu terjadi kerana gangguan syaitan. Yela, kadang-kadang tu terus membute xbce pape... Apepon, saya nak kongsi sedikit amalan yang boleh dibuat sebelum tidur. Peringatan untuk diri sendiri dan kepada semua pembaca.
Semoga tidur kita dilindungi Allah daripada gangguan syaitan.

  1. Mengambil wuduk 
  2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 34 kali..
  3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali. 
  4. Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas 
  5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya. 
  6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”. 
  7. Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT. 
 
 Bak Kate Aku: Jadikan amalan walaupun sedkit..lebey baik daripada xbace ape2..
                         Harap2 dapat tidur lena..fuh2..
                        
                        

Saturday 17 December 2011

Kejutan Untuk Isteri.

Sangat kejam.. Macam mane la suami dia sanggup potong jari isteri sendiri. Atas sebab cemburu isteri sambung belajar. Ade gak orang cemburu macam nie..Kesian giler..ish3!!



Rafiqul Islam, 30, menutup mata isterinya Hawa Akhter dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat, memberitahu beliau akan memberikan beliau hadiah kejutan.

Sebaliknya beliau memegang tangannya dan memotong kesemua lima jari. Kemudian membuang kelima-lima jari Hawa Akhter ke dalam tong sampah untuk memastikan doktor tidak dapat meyambungkannya kembali.

Kejadian berlaku di Bangladesh. Jangan la kat Malaysia berlaku macam nie.. Kot cemburu pon.. Xkanla xbley bincang...




Bak kAte Aku: Xde rase kesian Ker...Kejam .kejam...

Friday 16 December 2011

Seluar Jeans Boleh bersih sendiri tanpa dibasuh!!

Penemuan menarik. Ahli sains telah mencipta kapas atau kain yang boleh bersih dengan sendiri.

Kain tersebut disalut dengan lapisan khas titanium dioksida. Apabila terdedah kepada cahaya matahari,
tindakbalas akan berlaku dan menanggalkan kekotoran yang terdapat pada kain tersebut.

Kompaun ini telah digunakan dalam pelbagai produk, termasuk sendiri pembersihan tingkap, dapur dan jubin bilik mandi.

Lapisan tersebut juga kekal kukuh selepas pencucian dan pengeringan, menurut penyelidik, dari Shanghai Jiao Tong Universiti di Chinaia berkesan walaupun telah dicuci berkali-kali.

 



Bak Kate Aku: hebat...hebat...dunia semakin maju... jemur jer da bersih....

Thursday 15 December 2011

Kisah Dua Orang Juruterbang Buta

Ada dua orang juruterbang buta. Kedua-duanya memakai cermin mata hitam. Seorang berjalan menggunakan anjing pemandu manakala seorang lagi menggunakan tongkat mengikut tanda khas dilantai.

Apabila mereka masuk ke dalam kabin, semua penumpang terpaku melihat mereka. Juruterbang tersebut terus masuk ke dalam kokpit. Pintu ditutup dan enjin dihidupkan. Semua penumpang memandang-mandang sesama sendiri dengan cemas dan mencari sebarang tanda yang menyatakan semua ini hanya gurauan semata-mata. Tiada sesiapapun yang berani kehadapan.

Kapal terbang tersebut meluncur di landasan dan semakin laju kehadapan. Penumpang yang duduk di tepi tingkap menyedari bahawa kapal tersebut menuju terus ke kawasan air di penghujung landasan.Apabila kapal semakin hampir ke penghujung landasan tersebut, semua penumpang panik dan menjerit ketakutan. Tiba-tiba kapal terangkat dan terbang dengan lancar di udara. Penumpang kembali tenang lalu tergelak segan kerana telah salah sangka. Setelah itu, semua kembali normal. Mereka semua melakukan aktiviti masing-masing dan beranggapan kapal tersebut selamat.

Sementara itu, di dalam kokpit, seorang juruterbang menoleh dan berkata kepada rakannya, "Bob, kalau diorang semua lambat menjerit, tentu kita semua mati hari ini."



Bak kate Aku : hahaha...agak-agak ape la nasib penumpang tu masa nk mendarat nanti...

Wednesday 14 December 2011

Gua Tengkorak Puaka


SERAM...Gambar tersebut ialah gambar sebuah gua yang diambil di kuari batu , Close Hodge, berhampiran Coniston di Lake District, Britain. Jika diperhatikan gambar  tersebut ia menyerupai tengkorak apabila dilihat secara menegak. Gambar tengkorak tersebut wujud kerana pantulan imej pada permukaan air. Gua ini juga mempunyai terowong bawah air yang bercabang-cabang selebar 2 meter yang menjadikan tempat ini popular kepada para penyelam.

Kisah mengenai Gua ini....
  1. Air di kawasan ini sangat sejuk iaitu 6 Celcius dan ke bawah.
  2. Tiga orang penyelam telah MAUT sejak awal tahun
  3. Beberapa orang pendaki telah jatuh dan mati.
  4. Pada 2005 seorang penyelam mendakwa melihat mayat ketika menyelam melalui terowong bawah air tersebut.

Bak Kate Aku: Ngeri j nk menyelam kat sini...xpasal2 hilang nyawa.

Tuesday 13 December 2011

-gelak- Ultraman gagal ujian menembak



ULTRAMAN

Sejak kecil lagi cerita ultraman dah wujud dah.
Sehingga kini cerita ultraman masih lagi popular
dan ultraman pon dah ade anak cucu . Bile nak
bunuh raksasa mereka memang terkenal dengan
skill fire cam lazer...bzzzzzzz... Tapi ultraman yang 
jumpa nie...Fail.. nak fire tak jadi2...
hahahahha...lawak betul....





Bak Kate aku: Saje gelak2 di petang hari.

Ulat keluar dari Daging BABI!!



Mengapa orang islam dilarang makan daging babi?
Lihat video ini. Apakah yang terjadi setelah Daging babi tersebut disiram dengan coke.






Ade ulat kn.........ish3!!!!!!

Bak kate Aku: Jauhi makanan yang haram!!!

Monday 12 December 2011

Tidur Sampai ke Laut!

HARI YANG INDAH

seperti biasa kucing2 aku yang sememangnye malas
membutekan diri mereka.
Tapi hari nie teruk sangat. xtau knape yer.
Ade letak dadah ker dalam makanan diorang hari nie?
hurmmmm....curious2..

sin chan                          puma                          citam
 Haishhh....mimpi ape la diorang nie...kuak rentang kot......
tengok perot sape paling beso...


Overdos nie..Ke laut!Ke laut!
Biorla diorang nie...nasib baik lagi 6 ekor xterjebak...
kui3!!

Bak KatE akU: best kucing banyak2 nie... bosan yang nie...amik yang len plak...hahah

Sunday 11 December 2011

Peramal Kiamat yang ternyata SILAP!



Kita sering digembar gembur dengan ramalan kiamat.
Sehingga kini ramai yang cuba membuat ramalan. Ternyata mereka SILAP!

MARTIN LUTHER
    -pada 1500, mengistiharkan dunia akan digulingkan 300 tahun lagi.

CHRISTOPHER COLUMBUS
    -membuat ramalan kiamat pada 1656.

EDGAR C WHISENANT
    - saintis dan jurutera NASA meramal kiamat berlaku antara 11 hingga 13 september 1988.

HAROLD CAMPING
    -seorang bekas personaliti radio california meramalkan 21 oktober 2011 kiamat akan berlaku.

NOSTRADAMUS
    - menurut ramalannya, kiamat berlaku pada 1999.


Terbukti ramalan mereka semuanya palsu.




Bak Kate Aku : berfikir sejenak...

Khas Kepada PC gamer

Jika anda seorang peminat game terbaharu, pasti anda sedar bahawa terdapat beberapa GAME yang tak boleh main guna joystick yang biasa kerana perlu menggunakan XBOX 360 controller.  Maka terpaksa bermain hanya menggunakan keyboard dan tetikus sahaja. Oleh itu, gunakan XBOX 360 controller emulator untuk bermain game tersebut menggunakan joystick.

Software ini boleh suppor;
  1. Grand Theft Auto IV (GTA4)
  2. Devil May Cry 4 
  3. Juiced 2
  4. Crysis WARHEAD
  5. GRID
  6. MotoGP 08
  7. Sega Rally
  8. Batman: Arkham Asylum
  9. Bionic Commando
  10. dan banyak lagi.


XBOX 360 controller


Cara-cara:
 1. download disini - XBOX 360 controller emulator

 2. Extract.

 3. Copy dua file tersebut dan paste ke dalam folder game yang telah di install.

4. Selesai. Selamat mencuba GAMERZ!

Bak KaTe Aku: Ade game xsyok kalo xpakai joystick. Xbiase...hahah

Saturday 10 December 2011

Elakkan Window Genuine Blacklist - RemoveWAT 2.2.5

Aplikasi ini berfungsi memadam Windows Activation Technologies (WAT) sepenuhnya dari sistem operasi Windows. Terutamanya khas kepada pengguna-pengguna Windows pirate

Kelebihan RemoveWat 2.2.5
  1. Pengguna tetap menerima UPDATES daripada microsoft
  2. Pass genuine check dalam Microsoft’s official tools.

RemoveWAT 2.2.5

 Hanya perlu klik Remove WAT. selesai.

Download file - RemoveWAT 2.2.5


Bak Kate Aku : da slalu try kat suma orang yang format dengan aku. BERGUNA!

Friday 9 December 2011

Jangan Biarkan External anda Jatuh!!!

MALANG TIDAK BERBAU...

Pada masa kini, pengunaan external hardisk amat popular terutamanya dikalangan pelajar pengajian tinggi. Hampir setiap pelajar memiliki external. External HD sudah jadi seperti pendrive la pulak. Bagus ade external sebab xrisau nk format laptop. transfer aje...kui3. Namun kepada Tuan empunya external. BERHATI-HATILAH! JANGAN SAMPAI TERJATUH!! jika masih selamat..alhamdulillah. jika x...jadi macam kes saya ini.




     Sebijik  external 500gb telah rosak setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 50cm.
     kejadian terjadi di depan mata sendiri. huh sungguh sadis.
     kali kedua da rosak nie.

    Akibatnya, external tersebut telah menjadi xbetul.
    Setelah dicucuk, kapasiti hardisk tersebut telah bertambah menjadi 20tera...
    peh hebat tuhhhh.....
    boleh upgrade lagi...macam super Saiya la plak....hehe
    Walaupun telah menggunakan POWER DATA RECOVERY ..
    Namun, tidak membawa apa2 hasil..
    kerana external tersebut telah rosak sepenuhnya...malang oh malang....
    Adik ler pling frust..sebab dier punyer...ish3!!
    Suma movie, anime, and segala macam game installer ade dalam 2...huhuh


bAk Kate AKu : Sabo jer la...kne download balik la pasni.

Thursday 8 December 2011

RMBV player semakin popular

Sebelum ini, cara untuk menonton cerita2 baru adalah menggunakan DVD player.
Kita akan menggunakan cakera padat. terdapat beberapa kekurangan kerana kita harus menjaganya dengan rapi supaya tahan lama dan data di dalamnya tidak rosak.

Baru-baru ini, saya telah membeli sebuah RMBV player.
Dengan harga yang berpatutan iaitu RM159(low yat mali..hehehe)..
RMBV ini boleh menampung sehingga 1080hd..
Memang puas hati dan mudah kerana hanya perlu cucuk pendrive @ External hardisk dan boleh play file movie yang telah disimpan. lebih jimat masa sebab tidak perlu nak convert pastu nakk BURN masuk cd lagi. :-)


MODEO MINI MR59


Inilah RMBV player yang telah dibeli. try yang murah j. Ada yang lg mahal. xmampu. hoho.
Boleh play banyak format movie.
Syok tengok movie time cuti nie. dah download Movie banyak dah. Boleh download disini. kualiti bluray pon ada.
GAMES plus plus MOVIE














Bak Kte AKu : Mudah dibawa begitu sajaaaa....

Nama-nama bola (bola sepak)

Sukan bola sepak amat popular di seluruh dunia..
Setiap bola yang disepak mempunyai namanya sendiri.
Mari lihat....


Telstar

Tango

 

Azteca

Etrusco Unico


Questra

Tricolore


Fevernova
Teamgeist

Jabulani

Jo'bulani

Bak kTe akU: Setiap bola ade kelebihan..tapi nk beli
                      yang ori...fuh...nk tendang pon sayang!!


Wednesday 7 December 2011

Ps3 vs Xbox 360 vs PC

Antara ketiga-tiganya...mana lebih hebat?


ps3 spesifikasi - system spec
xbox 360 spesifikasi - system spec
cuba lihat video nie..


bAk Kate Aku : hurmmm tiga2 best... tp nmpk PC lagi mantoppp.....yeahhh.

Tuesday 6 December 2011

Gerhana Bulan Penuh

sebelum ini terlepas untuk melihat hujan meteor...
sebab hujan malam tu...huhu sedih2...

kepada kengkawan...jom lihat gerhana bulan penuh yang jarang berlaku...
UNTUK KETERANGAN PENUH : http://www.astromas.com


10 DISEMBER 2011
8.45 malam - 12.17 pagi









FENOMENA GERHANA BULAN


 SUMBER BERITA : http://www.astromas.com
 
Bak kaTe Aku : mintak2 la xujan...fuh2!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

info menarik di bawah