Pages

iklan untuk dikongsi bersama..klik-klik

ads

Thursday 23 February 2012

Karangan Jenis Autobiografi

Karangan autobiografi adalah sejenis karangan yang menceritakan riwayat hidup sesuatu objek, haiwan atau tumbuhan. Oleh itu semasa menulis karangan jenis ini , anda perlumembayangkan diri anda sebagai objek , haiwan atau tumbuhan itu.Pada umumnya, beberapa perkara di bawah ini perlu diberi perhatian sewaktu anda merangkadan menulis karangan tersebut :
 

  1. Perlu menulis di mana dibuat,bahan-bahan yang digunakan,keadaan diri apabila siap dipasarkan untuk jenis objek.
  2. Untuk haiwan atau tumbuhan perlu diceritakan asal-usul , perkembangan hidup, keistemewaan, dan pegorbanan atau sumbangan kepada kehidupan umum.
  3. Gambarkan berasa bangga dapat berkhidmat kepada manusia.
  4. Boleh menyelitkan perbualan antara sesama rakan.
  5. Paparkan nilai-nilai murni dan cerita mesti logik. 
CONTOH KARANGAN





Aku sebiji bola.

Aku dilahirkan di sebuah kilang di pinggir ibu kota. Aku berwarna kuning, biru dan putih. Selepas dilahirkan, aku dihantar ke sebuah kedai sukan di bandar. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00. 

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang budak lelaki bernama Fauzi. Fauzi membawa aku ke padang sekolah untuk bermain bersama rakan-rakannya. Sebaik sahaja kawan-kawan Fauzi melihat diriku, mereka semua memuji kualiti yang aku miliki. 

Pada setiap petang, Fauzi membawa aku untuk bermain bola sepak. Aku bersa sangat gembira kerana dapat berbakti kepada tuan aku. Aku dijaga dengan baik sekali.

Selang beberapa minggu, ketika bermain bola, rakan Fauzi telah menendangku dengan sangat kuat. Aku terpelanting jauh dan jatuh ke kawasan sampah. Badanku tercucuk paku. Aku berasa sangat sakit. Aku hanya mampu menangis dan badanku mula mengempis sedikit demi sedikit. 

Apabila melihat keadaanku begitu, Fauzi tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana aku tidak dapat diselamatkan lagi. Aku tidak dapat digunakan oleh tuan aku. Sejak hari itu, aku hanya menjadi penghuni setia bilik simpanan.



Bak Kate Aku: nak kene ngajo..tu yang cari maklumat tu...hoho

5 comments:

  1. woooooooooooo ni mesti bahan2 di sekolah....
    karangan biografi ada? exam aku kuar karangan biografi.... hihok..

    ReplyDelete
  2. haha xde...sbb xmasuk exam...kui3!!

    ReplyDelete
  3. karangan ni, jadi isu dalam tesis aku..hehe

    ReplyDelete
  4. best la kau tengok internet

    ReplyDelete
  5. peliknya harga sebiji bola dah RM350.aku pon pokai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

info menarik di bawah